Thursday, March 2, 2017

Lawak Sekolah


Satu Pagi Yang Permai di tingkatan 5D

Perbualan seorang cikgu yang emosi tak stabil dengan seorang pelajar, Fazlyn Baring yang tak reti duduk diam...

Cikgu : Baring... duduk!!!!
Kawan Lain : Cikgu suruh dia baring ke duduk?
Cikgu: *speechless kuasa 6*

Aku lagi suka panggil nama iban mereka. Sebab unik dan kadangkala selesa dipanggil.. Baru ori :)

Tuesday, February 7, 2017

PAK21 - LCD Projector; Perlu ke tak?



LCD


Assalamualaikum w.b.t dan selamat lemai ( selamat petang)..


Just finish another day of school. A little bit tired tapi dah nama pun keje dik, buang air besar pun kadang-kadang memenatkan .. kan..kan..

Sebagai guru yang cuba mengikuti arus PAK21 (Pembelajaran Abad Ke 21) ... *skema derr ayat..* so aku terpikir kononnya nak upgrade skill dan penyampaian PdP aku. Tapi untuk nak mereka2 benda tu memanglah aku sangat tak kreatif *level paling low*. Jadinya terfikir juga nak beli LCD Projector. Aku dapat je duit kutu.. tanpa berlengah aku pun mencari lalu tertangkaplah seekor LCD *dalam gambar*

Tips LCD Projector yang bagus :
  1. Beli yang LCD bukan LED ; LED tak bagus untuk tempat yang ada pencahayaan yang tinggi. Paparan tak jelas. Yang paling sanggih DLP tapi agak mahal la. So paling sesuai LCD.
  2. Beli yang ansi lumen (Brightness) melebihi 2500 so untuk tempat yang secerah kelas, uolls akan nmpak ianya jelas.
  3. Nisbah kontras yang bagus untuk PdP lebih kurang 2000: 1 so warna yang terpapar di skrin tu lebih jelas dan nampak kontranya.
  4. Berat yang biasa manusia normal leh bawak dalam 2 kg macamtu. Jangan pulak korang pi beli yang seberat-berat alam. Naya ke hulu ke hilir nak ngangkutnye.


Kalau tanya brand, sebenarnya semua brand aku rasa ok. Cuma kena tengoklah kriteria-kriteria utama yang aku bagitaw tadi. Kot kalau tak faham, boleh gugel review2 yang lain. Aku guna EPSON. So far aku bagi 5 bintangs la. Sangat jelas walaupun di tempat yang terang macam dalam kelas. Harga LCD Projector aku lebih kurang RM 1329. Berbaloi lah nak guna kan. 

Kebaikan ada LCD :
  1. PdP korang akan jadi lebih mudah, nak2 bila nak tayang video. Nak tunjuk gambar. Tak payah nak potostet bagai. Nak bagi nota pun senang. Korang download je lepas tu tayang kat sekelas. 
  2. Nota, gambar, powerpoint slide boleh direcycle saban tahun selagi silibus tak berubah *senang keje der*
  3. Korang akan nampak lebih profesional tambah-tambah bila galas beg LCD tu. Rasa macam CEO. *ni perasaan aku je la*
Keburukan :
  1. Yang aku jumpa keburukan dia. Nak pasang LCD ni take time la. Nak buka laptop la  *dah la laptop aku keje hang je*. Nak pasang wayar2 la. Approximately, dalam 5-7 minit. 
  2. Kena betul-betul jaga maintenance dia. Jangan pulak korang baran kat budak lepastu baling LCD. Tak berbaloi.
Guru SMK Subis
Gambar ni takde kaitan dengan LCD.. kih..kih..kih


So macam mana? Dah sedia nak sahut PAK21? *gitew* Okay.. Akak chow dulu.. Nak kena tengok budak menari. *Cikgu tarian berjiwa gangster*... 

Tang nota tu bakal dihapload..masih dalam pemurnian.. so stay tuned k.. Daaaa...

Tuesday, January 31, 2017

Welcome To My New Blog :)


Guru SMK Subis


Salamualaikum dan selamat segalanya..


Taddaaaaaa..... my new blog is cominggg... jadi dengan ini blog yang dulu tu (kepada yang ikut la) dah tak akan digunakan lagi.. hehe.. blog ni will be more on educational sharing... lebih matang (flip shawl sikit) dan lebih hangat..gitttewww...

Dengan ini penghargaan yang tak terperi kepada yang sudi meng' CREATE' new blog untuk adinde.. my beloved hubby (nasib baik dia budak IT).. kerana sudi menolong sang isteri menggapai impian.. terima kasih boss!! (tabik spring..toink3)

Intro sikit untuk blog ni...
Tujuan buat blog ni sebab aku sendiri ada masalah bila nak gugel sesuatu yang berkaitan dengan sains kimia dalam bahasa melayu (sebab selalu jumpa bahasa indonesia punya).. so I feel you guys yang terburu2 nak cari bahan tapi tak jumpa.. rasa macam nak resign ooo.. (ok ni hiperbola) 

InsyaAllah aku akan share notes2 terutama powerpoint2 yang berkaitan dengan sains upper form dan kimia (sebab subjek tu den ajar) dan mungkin sedikit pengalaman setahun jagung aku mengajar :) .. kalau kerajinan tu tahap moksya.. video tentang PdP akan diupload kt sini.. sebagai rujukan/ kritikan membina sangat dialu2kan..

Happynyaaaa boleh berceloteh dengan rasa selesa..
Okeh lah .. nantikan nota2 yang bakal dishare .. dan aku halalkan kalau korang nak download ke copy ke.. dont worry.. ini memang nak bantu you all yang memerlukan..